Wanita gaji RM2.4k miliki hutang ratusan ribu ringgit gara-gara ikut standard gaya hidup M40

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita terpaksa menanggung hutang yang agak besar di usia mudanya gara-gara mahu memenuhi standard gaya hidup rakan-rakan dan keluarganya yang berstatus M40.

Wanita berusia 27 tahun itu dalam pendedahan secara ‘anonymous’ di X berkata, dia memiliki pelbagai jenis hutang termasuklah pinjaman peribadi berjumlah RM38,000 dan kredit kad RM15,000.

Selain itu dia masih mempunyai hutang kereta yang diikat selama 9 tahun berjumlah RM40,000.

Tidak pasti dia menetap di mana, namun bayaran rumah sewanya pula RM550.

Dengan gaji RM2,400, wanita itu terpaksa berpura-pura untuk memenuhi gaya hidup golongan M40 dalam keadaan hutangnya semakin bertambah.

“Biasa orang kongsi pasal aset. Aku nak kongsi pasal hutang.

“Kereta RM40k (9 tahun). Pinjaman peribadi RM38k (7 tahun). Kredit kad RM15K. Sewa RM550. Aset tak ada.

“Basic RM2.4K. Komisen ikut jualan bulanan. Keluarga dengan kawan kebanyakannya M40. Jadi dia orang expect aku pun hidup macam dia orang.

“Malu nak cakap aku banyak hutang sebenarnya,” luahnya sambil memberitahu dia kini dalam usaha mencari pekerjaan lain namun masih belum berjaya.

Perkongsian dimuat naik pengguna @meinmokhtar itu mendapat perhatian ramai warga X yang kini meraih lebih 240k pembaca dengan lebih 1.8k tanda suka.

Di ruangan komen, ramai memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan kerana sedar lebih awal mengenai hutang-hutang jahat yang kemudian hari boleh memakan diri.

Ada juga memberitahu, selagi individu itu bekerja dan mampu menjana pendapatan, tidak perlu memikirkan hutang-hutang yang sudah terlanjur dibuat kerana individu itu masih boleh melunaskan hutang setiap bulan.

“Dia selagi kau ada pendapatan, hutang ni tak ada benda sangat. Tapi bila kau tak ada pendapatan, terduduk mat nak bayar semua tu. Biar lah tak bermewah-mewah tapi hutang minimum,” kata seorang pengguna X.

“Aduh gaji i 3 kali ganda pun takut tengok hutang ni. janganlah malu nak hidup sederhana. Semoga Allah permudahkan urusan. Perlahan-lahan selesaikan hutang. Mula dengan hidup mengikut kemampuan,” nasihat individu lain pula.

Baca juga: Syamsul Debat beri peringatan, henti kongsi 3 perkara ini jika mahu elak penyakit ain