Malaysia Dateline

Wanita Palestin ditembak kerana didakwa serang polis Israel

Seorang wanita Palestin cedera akibat ditembak polis Israel kerana dikatakan cuba menyerang anggota keselamatan dalam satu kejadian di Tebing Barat pada Rabu.

Insiden berlaku di pusat pemeriksaan A’zaim timur Baitulmaqdis, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata dalam satu kenyataan seorang “suspek wanita cuba menikam pengawal keselamatan yang sedang meronda di kawasan itu.”

Keadaan sebenar suspek tidak dapat dipastikan.

Keganasan berterusan di Tebing Barat didakwa Israel berpunca oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin.

Bagaimanapun, Palestin dalam reaksi balas mereka mengatakan tindakan itu kerana membantah 52 tahun pendudukan Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

— BERNAMA