Seorang wanita meluahkan rasa sedih melihat sikap orang sekelilingnya yang selalu mengharapkan duit hari raya hanya kerana dirinya terlihat berkemampuan.
Luah wanita itu di platform Threads, semakin lama dia semakin sakit hati melihat perangai orang sekelilingnya yang “bermulut puaka”.
Katanya, dia pernah diperli ahli keluarganya sendiri hanya kerana dia tidak memberi duit raya kepada bapa saudara dan mak saudara.
‘Sakit hati dengan mulut sesetengah manusia yang puaka. Eh. Naik BMW takkan tak bagi duit raya dekat pakcik makcik?!
“Yang tukang menyampai pula mak sendiri dengan nada nak bagi anak rasa bersalah. Emmm,” luahnya.
Wanita itu memberitahu bahawa dia memandu kereta jenis BMW.
Namun selepas apa yang dihadapinya, dia nekad tidak mahu lagi membawa kenderaan itu sebaliknya dia akan memandu kenderaan SUV yang lebih murah untuk pulang ke kampung.
‘Raya kali ni simpan je BMW dalam porch. Kami bawa balik kereta SUV murah sikit daripada BMW… Bukan apa. Malas nak sakit hati. Sakit hati ngan mulut sesetengah manusia yang puaka.
“Bukan sedikit orang yang mengharap duit raya daripada kami. Padahal sorang pun tak ada jasa dalam proses tumbesaran kami adik-beradik kecuali mak bapa sendiri,” kongsinya lagi.
Luahannya mendapat banyak perhatian warga maya yang saling memberi semangat dan kata-kata positif buat wanita itu.
Baca juga: Wanita kongsi 6 petua jimat elektrik jika guna ‘air-cond’, nak bil murah hari raya ini boleh ikut!