Wanita perlu selamatkan negara daripada kerajaan kleptokrasi

Wanita perlu selamatkan negara daripada kerajaan kleptokrasi

Golongan wanita adalah separuh dari keseluruhan pengundi yang berdaftar dan sikap politik mereka dalam pilihan raya umum akan datang akan menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Pemuda Amanah Nasional terpanggil mengingatkan kepada masyarakat Malaysia bahawa Hari Wanita Sedunia adalah hari yang cukup bermakna buat kita semua tanpa mengira jantina. Sejarah telah merakamkan betapa pentingnya wanita dalam memainkan peranan membangunkan negara dalam segenap aspek.

Sany HamzanApabila berlaku Perang Dunia di Eropah di awal abad ke-20 yang menyaksikan puluhan juta lelaki terbunuh dan cacat kekal akibat perang, golongan wanita akhirnya berjaya membuktikan bahawa mereka mampu keluar dari peranan tradisi di dalam rumah dan keluar mencari nafkah untuk keluarga.

Ketika wilayah Garissa dan Hadeno di utara Kenya dilanda kemarau dan kebuluran terburuk pada tahun 2011, kaum wanita di sana menjadi penyelamat memastikan komuniti mereka terus hidup dengan menjadi pembantu kepada kaum lelaki menyelesaikan masalah harian mereka.

Sejarah Islam juga menunjukkan para wanita Muslim turut sama berada di medan juang samada ketika berhijrah ke Habshah, hijrah ke Madinah, dan termasuk juga ketika berperang mempertahankan Madinah dari serangan musuh. Golongan wanita sentiasa tahu dan mampu menjadi penyelamat kepada sesuatu keadaan yang kritikal.

Oleh kerana negara kita juga sekarang ini berada dalam keadaan yang sangat kritikal, adalah menjadi harapan besar rakyat agar golongan wanita bangkit menyelamatkan negara ini dari terus dirosakkan oleh amalan kleptokrasi melampau yang telah menghancurkan masa depan negara.

Golongan wanita adalah separuh dari keseluruhan pengundi yang berdaftar dan sikap politik mereka dalam pilihan raya umum akan datang akan menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Sikap skeptikal segelintir masyarakat perlu diubah demi memastikan bahawa agenda membangunkan wanita dalam era pembangunan negara dapat dibangunkan. Martabat dan aspirasi golongan wanita perlu diperjuangkan oleh kita secara bersama dalam konteks bernegara dan bermasyarakat.

Akhirnya, walaupun sambutan ini khusus buat wanita, tidak bermakna wanita sahaja yang perlu meraikannya sebaliknya tanpa mengira jantina, kita perlu memastikan bahawa sambutan ini terus kekal dan relevan kerana dibelakang hari sambutan ini hadirnya sebuah perjuangan yang belum selesai!

TAGS