Malaysia Dateline

Wanita PH bentuk organisasi, ketua wanita jadi timbalan

 

Dalam kenyataan rasmi hari ini Ketua Penerangan Wanita PH Aiman Athirah Al Jundi  (Gambar bawah) berkata, dalam mesyuarat pertama diadakan pada 9 Ogos lalu,  semua parti komponen PKR, DAP, Amanah dan PPBM (Bersatu) diwakili oleh Ketua dan 4 orang pimpinan tertinggi sayap wanita masing-masing.

Athirah JundiBagi menyusun, memperkemas sekaligus memberikan impak yang lebih padu terhadap , maka satu keputusan konsensus telah diambil iaitu pembentukan ‘Jawatankuasa Wanita Pakatan Harapan Peringkat Nasional.’

Formula yang lebih kurang sama di peringkat Pakatan Harapan Nasional telah digunapakai dalam pembentukan ini. Salah seorang Ketua sayap wanita parti komponen PH dipilih menjadi Ketua Wanita PH, manakala Ketua-Ketua yang lain dipilih untuk menjadi Timbalan Ketua Wanita PH. Seterusnya, Timbalan Ketua sayap-sayap wanita parti komponen dipilih menjadi Naib-Naib Ketua Wanita PH. Pemilihan Ketua tidak berdasarkan parti tetapi ia berdasarkan kepada keupayaan, merit dan kesepakatan bersama.

Menurut kenyataan itu juga Wanita Harapan juga telah membincangkan beberapa perkara penting berkaitan gerakerja Wanita dan persiapan memenangi PRU14 khususnya berkaitan tawaran-tawaran kepada wanita melalui satu manifesto ‘Agenda Wanita Malaysia’ yang akan dibengkelkan dalam waktu yang terdekat.

Termasuk juga hal-hal yang berkaitan dengan persiapan senarai calon-calon Wanita Harapan bagi PRU14 yang akan datang.

Wanita Harapan komited untuk terus mengangkat *Falsafah Martabat dan Hormat Wanita* merentasi setiap Program dan Polisi sama ada di peringkat Parti mahupun Kerajaan pada masa kini dan akan datang.

Sekaligus komited mengarusperdanakan peranan, pandangan dan keberadaan wanita termasuk kalangan wanita muda remaja dalam pelbagai fungsi serta posisi.

Wanita Harapan akan bersama-sama dengan semua pihak untuk berjuang menyelamatkan Malaysia, sekaligus memastikan kehidupan yang lebih sejahtera untuk rakyat Malaysia tanpa mengira beza kaum, keturunan, agama dan kecenderungan politik.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Wanita Pakatan Harapan Peringkat Nasional:

Ketua: 
YB Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua: 
● YB Chong Eng
● YB Dr Siti Mariah Mahmud
● Rina Mohd Harun

Naib Ketua:
● YB Haniza Talha
● Aiman Athirah Al Jundi
● YB Mary Josephine
● Sdri Shamsilah Siru

Setiausaha :
● YBTeo Nie Ching

Bendahari :
● Azlinda Abdul Latif

Ketua Penerangan :
● Aiman Athirah Al Jundi

Pengarah Pilihan Raya:
● YB Haniza Talha

Penolong Setiausaha :
● Nurainie Haziqah