Wanita PH cadang banci khas untuk kawasan terlibat banjir

Wanita PH cadang banci khas untuk kawasan terlibat banjir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan mencadangkan kawasan dilanda banjir diadakan banci khas supaya tidak ada mangsa yang tercicir daripada mendapat bantuan sewajarnya.

Ketuanya Norashidah Jaafar berkata, tinjauan pihaknya mendapati begitu banyak rumah-rumah yang didiami golongan daif di kawasan-kawasan berkenaan.

“Ada rumah yang didiami sepasang suami isteri di mana kedua-duanya terbaring sakit.

“Ada pula ketua keluarga yang tidak mampu mencari nafkah keluarga kerana sakit dan kemalangan yang menimpa.

“Ada keluarga lain pula mempunyai ahli kurang upaya (OKU) dan orang-orang tua yang memerlukan penjagaan sepanjang masa,” katanya.

Beliau yang bersama sekumpulan wanita PH menyantuni rumah-rumah terlibat banjir sekitar Dun Chetok kelmarin.

“Walaupun air telah surut, kebanyakan mangsa masih terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang patut dibuat.

“Bagi yang bekerja sebagai pekebun atau aktiviti pertanian tidak ada sebarang penghasilan sepanjang musim banjir ini.

Sementara itu pusat operasi banjir Amanah (Poba) Dun Chetok terus menyediakan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir yang daif dan memerlukan.

Pengarah pusat itu, Ir Ali Omar berkata beliau bersyukur kerana banyak pihak menyalurkan derma untuk sama-sama membantu.

Ir Ali Omar

“Memang keperluan amat besar, namun saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan.

“Untuk membantu semua mangsa banjir adalah tidak mungkin, jadi kita meminta wakil-wakil di kawasan terlibat memilih keluarga-keluarga yang benar-benar terdesak dan memerlukan sahaja,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada AMANAH negeri Kedah yang membawa bantuan berbentuk beras, tepung gandum, gula, sardin, roti dan lain-lain.

“Hanya terima kasih dapat saya katakan, mudah-mudahan infaq tuan-tuan semua mendapat ganjaran setimpal daripada Allah,” katanya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES