Wanita PH Kelantan ucap tahniah cara kerajaan tangani tuduhan anti Islam

 

Norashidah Jaafar (tigadari kiri) bersama barisan Wanita Pakatan Harapan Negeri Kelantan.

Percubaan memfitnah kerajaan Pakatan (PH) dengan isu anti Islam semakin jelas gagal apabila penjelasan pihak kerajaan begitu meyakinkan bahawa tuduhan-tuduhan tidak berasas itu semata-mata rekaan.

Isu pernikahan bawah umur, penutupan sekolah tahfiz dan penjualan rumah anak yatim dimainkan pihak tertentu kononnya Islam sedang diruntuhkan di negara ini dengan terbentuknya kerajaan PH menggantikan Barisan Nasional (BN).

Ketua wanita PH Kelantan, Norashidah Jaafar berkata, orang ramai kini dapat menilai dengan jelas apa yang sebenar dan apa yang direka untuk mengelirukan kefahaman sebenar.

“Dalam isu kahwin bawah umur yang berlaku di Gua Musang, digambarkan kononnya pihak PH mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.

“Walaupun kononnya gadis itu masih bawah umur mereka berkahwin secara sah dan menganggap komen Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail menyalahi hukum kerana menganggap perkara itu beracanggah dengan undang-undang negara.

“Apa yang terjadi kemudiannya jelas mahkamah syariah Kelantan sendiri memutuskan perkara itu menyalahi undang-undang dan menghukum lelaki terlibat,” katanya.

Mengenai isu LGBT pula katanya penjelasan oleh menteri di jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusuf jelas kepada sesiapa yang mahu mencari kebenaran.

“Tidak ada sebarang niat oleh pihak kerajaan atau siapa pun yang mahu cara hidup songsang itu di halalkan (legalised) di negara ini,” katanya.

Terbaru katanya beliau bersyukur dengan penjelasan menteri pendidikan, Dr Mazlee Malik yang berjanji untuk membantu sekolah-sekolah tahfiz.

“Semua maklum sekarang sekolah aliran tahfiz bukan saja dibenar untuk diteruskan malah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membantu mereka supaya anak-anak itu mendapat layanan setaraf dengan rakan-rakan lain di sekolah kerjaaan,” katanya.

Norashidah bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Wanita PH di Kota Bahru harti ini.

Mengenai perjalanan agensi-agensi persekutuan di Kelantan katanya beliau berterima kasih kepada semua jabatan-jabatan yang terus menjalankan tugas membantu rakyat walaupun berlaku kelompangan dalam tempoh peralihan kerajaan.

“Mesyuarat kita hari ini membuat keputusan untuk turun padang bersama semua agensi bagi memastikan khidmat kraajaan untuk rakyat tidak tergendala dan orang ramai mendapat segala keeprluan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Kita telah menyusun jadual untuk menyantuni semua jabatan khususnya yang berkaitan kepentingan wanita.

“Sesi perbincangan akan diadakan dengan semua ketua jabatan bagi memudahkan segala urusan meningkatkan kemudahan rakyat,” katanya.

7.6
OVERALL SCORE
: 8.0
4 user votes x 7.5
CATEGORIES
TAGS