Malaysia Dateline

Wanita PH punya tanggungjawab besar bela wanita, kata Haniza

 

Wanita Pakatan Harapan (PH) Malaysia akan meneruskan perjuangan membela kaum wanita tanpa perlu menunggu Wanita Barisan Nasional (BN) yang dilihat seperti “yoyo” yang tidak berpendirian teguh memperjuangkan masa depan wanita.

Ketua Wanita PH Selangor Haniza Talha berkata, wanita Malaysia perlu bangkit untuk memainkan peranan mereka dalam memperkasakan golongan wanita.

“Wanita PH Malaysia mempunyai tannggungjawab besar kerana tidak boleh lagi menunggu wanita BN yang tidak

Haniza Talha

bawa perubahan, macam ‘yoyo’ sekejap ke hadapan mengundur ke belakang akhirnya entah ke mana mereka,” ujarnya dalam ucapan aluan dalam majlis Pelancaran Wanita PH Malaysia dan Agenda Wanita Malaysia yang diadakan di Dewan Sri Chempaka, Saujana Impian, Kajang hari ini.

Haniza yang juga Naib Ketua Wanita PH turut mengingatkan empat parti gabungan dalam PH agar tidak berganjak selagi agenda wanita Malaysia tidak diangkat di medan politik.

“Kami lihat pendekatan politik merupakan strategi paling ampuh untuk memastikan kesaksamaan gender berlaku.

“Saya yakin pemimpin wanita banyak yang boleh ditawarkan demi kelansungan politik berintegriti, telus dan bertanggungjawab.

“Oleh itu, salah satu institusi yang boleh memastikan perkara ini berlaku ialah institusi parti politik mempercepatkan proses kesaksamaan ini berlaku dengan cara memastikan 30 peratus wakil wanita yang akan menjadi calon mestilah daripada kalangan wanita.

“Saya harap suara wanita dapat didengar pemimpin empat parti ini,” ujarnya.

Haniza juga berkata, Selangor satu-satunya negeri yang mempunyai perwakilan tertinggi di dewan negeri iaitu 26 peratus walaupun belum mencapai 30 peratus.

Walaupun begitu kehadiran wanita itu memberikan kesan positif kepada Negeri Selangor kerana mereka melaksanakan dasar mesra wanita.

“Saya percaya dengan pengalaman yang ada akan jadikan Selangor sebagai hub untuk wanita dijadikan sebagai rakan kongsi dalam usaha bersama membangunkan Malaysia,” ujarnya.

Lebih kurang 1,000 perwakilan wanita PH empat parti seluruh negeri hadir dalam himpunan pertama wanita PH hari ini.

Justeru tegas Haniza lagi, wanita perlu diberi peluang untuk berada dalam arus perdana untuk membantu melahirkan negara yang diidamkan PH.

Kehadiran seramai lebih kurang 1,000 perwakilan wanita PH empat parti seluruh negeri hadir dalam himpunan pertama wanita PH.

Antara pimpinan PH yang turut hadir.

Hari ini akan turut dilancarkan Wanita PH Malaysia dan Wanita PH Selangor yang akan dirasmikan oleh Presiden PH Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Ketua Wanita PH Zuraida Kamaruddin, dua Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu.

Naib Ketua-Ketua Wanita PH yang hadir Rina Mohd Harun, Dr Siti Mariah Mahmud dan Chong Eng.