Wanita PKR yakin semua enam calon wanita akan menang

Wanita PKR yakin semua enam calon wanita akan menang

Wanita Parti Keadian Rakyat (PKR) yakin akan menang enam kerusi calon wanitanya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei depan.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, enam calon wanita yang akan bertanding di Batu Kitang, Simanggang, Tupong, Serembu, Marudi dan Simunjan sejak berkempen mendapat maklum balas yang positif di kalangan pengundi yang menyokong parti itu.

“Setakat ini maklumbalas yang diterima dari pengundi Batu Kitang amat memberansangkan terhadap calon wanita PKR Voon Shiak Ni. Mereka sudah serasi akan kehadiran Voon Shiak Ni sebagai calon yang boleh menang kerana kerja-kerja yang telah dilakukan di kawasan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan dipetik media rasmi parti itu.

Voon adalah seorang peguam dan seorang aktivis masyarakat yang prihatin dalam kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Banyak program-program rakyat yang telah di anjurkan termasuk kawalan banjir dan jenayah. Voon dapat sokongan

Bagi kerusi Simanggang pula, calon Norina Utot, seorang Iban yang amat peka dan arif tentang masyarakat setempat di kawasan tersebut. Beliau memahami khususnya tentang kehidupan orang-orang Iban.

“Kita tidak mempunyai ramai ahli politik wanita, maka kita perlu memberikan sokongan yang penuh kepada calon calon wanita yang bertanding.

“Sebagai Ketua Wanita, saya berbesar hati untuk mengatakan bahawa Insya ALLAH kami bersedia untuk menang. Kami telah bekerja keras sebagai satu pasukan dan telah mengemukakan enam calon wanita yang berkelayakan dan berkebolehan yang akan menjadi “suara hati” bagi wanita di dalam Dewan Undangan Negeri,” ujarnya Ahli Parlimen Ampang ini.

COMMENTS

Wordpress (0)