Ukur baju di badan sendiri, jangan pernah membeli sesuatu barang di luar kemampuan kerana pada akhirnya itu yang akan memakan diri.
Bila lihat semua hidup mewah pasti terdetik kita juga mahukan hal yang sama namun pastikan diri mampu dahulu.
Seorang wanita memuat naik luahan di Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’ mengenai gajinya dan suami yang selalu tinggal sedikit selepas habis membayar hutang.
Tambahnya selepas selesai membayar rumah, bil, kereta, gajinya dia dan pasangan hanya tinggal RM550 untuk belanja keluarga.
“Saya seorang isteri dan merupakan guru gred 41. Anak saya tiga orang. Suami saya pula kerja polis bawahan (konstabel) selama enam tahun.
Bagaimanapun, kami menghadapi masalah kewangan serius. Duit gaji habis untuk bayar hutang. Suami pula dari dulu gajinya kecil kerana sudah potong macam-macam pinjaman.
Saya ada dua buah kereta, Proton X dan Produa Bezza, dan menyewa sahaja.
Bayangkan, gaji saya tinggal RM400. Suami pula RM150. Belum termasuk hendak beli keperluan anak beranak lagi. Duit semua habis untuk bayar pinjaman semata-mata.
Macam mana saya hendak atasi masalah ini. Ahli keluarga pula orang susah, malu saya hendak minta bantuan,” ujarnya.
Wanita itu memaklumkan bahawa suaminya sangat bertanggungjawab dan rapat dengan anak-anak walaupun dengan isu kewangan.
Rata-rata netizen memerli pasangan tersebut yang dilihat hidup bermewah sedangkan sedar diri tidak mampu mana.
“Tinggi sangat komitmen tu, cubalah bersederhana. Satukan gaji dengan suami, tengok perbelanjaan mana yang perlu dan mana yang tak perlu.
“Kereta kalau perlu dua buah cari yang mampu dibayar. Lagi satu, kenapa bila susah cakap suami yang gaji kecil? Padahal dari awal dah tahu kan?
“Senaraikan dulu komitmen puan apa yang ada. Kemudian, cantas semua yang tidak perlu. Langsaikan hutang sikit-sikit sampai jadi kosong.
“Elakkan pergi beli belah benda tidak perlu. Semak balik perbelanjaan keluarga,” antara komen netizen.
Baca juga:“Aku dan suami tiada privasi, abang dah setahun tak nak keluar dari rumah kami”