Seorang pegawai tadbir di sebuah syarikat gergasi teknologi terbesar di China dilaporkan sanggup berhenti kerja walaupun ketika itu memiliki gaji yang stabil, Februari lalu.
Menurut laporan CNN, wanita itu rela memilih bekerja sebagai tukang cuci membersihkan rumah kerana tidak mahu berada dalam suasana dan persekitaran pejabat yang mempunyai tekanan yang tinggi.
Dia juga berpendapat apabila taraf hidup bertambah baik di seluruh negara, permintaan untuk perkhidmatan mengemas rumah juga melonjak dengan pasaran yang sentiasa berkembang.
“Saya suka pekerjaan ini,” kata Leon Li yang menetap di pusat bandar Wuhan.
Sementara itu menurut tinjauan platform pencarian kerja di China, permintaan bagi sektor pekerjaan kolar biru melonjak 3.8 kali ganda bagi suku tahun pertama, berbanding tempoh sama pada 2019.
Pekerjaan kolar biru merujuk aktiviti pekerjaan manual seperti petugas penghantar makanan, pemandu trak, pelayan dan juruteknik.
Permintaan bagi pekerjaan sebagai penghantar makanan menyaksikan peningkatan drastik sebanyak 800 peratus selepas tiga tahun pandemik Covid-19 berlalu.
Kadar bayaran bagi golongan pekerja kolar biru menarik lebih ramai individu untuk memilih pekerjaan yang tidak pernah dipilih sebelum ini.
Ledakan fenomena beli belah dalam talian menyaksikan gaji purata bulanan untuk pekerja penghantaran 45.3 peratus pada 2019, bersamaan 5, 581 yuan (RM3,599) kepada 8,109 yuan (RM5,229), berdasarkan tinjauan tu.
Ketika ekonomi semakin lembap, peluang bagi lepasan universiti memasuki sektor pekerjaan profesional dilihat semakin sukar serta persaingan yang terlalu kompetitif dalam pasaran kerja.
Hasil tinjauan mendapati bilangan individu berusia bawah 25 tahun yang memohon pekerjaan dalam kolar biru bagi suku pertama tahun ini, melonjak 165 peratus berbanding 2019.
Selain itu kira-kira 62 juta pelajar yang tugas utamanya adalah belajar di sekolah atau universiti sudah mencari pekerjaan ketika usia berkenaan.
Baca juga; Takut tersalah pilih durian? Anak pekebun kongsi tip penting! Baru berbaloi beli walaupun mahal