Seorang wanita menimbulkan rasa kurang senang orang ramai selepas selamba berpakaian seksi dan berjalan ala ‘cat-walk’ di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam satu video yang tular di Facebook, wanita dengan rambut panjang berwarna ‘blonde’ itu dilihat menggayakan beberapa persalinan pakaian seksi di sekitar bandar Kota Bharu seperti Taman Hijau dan tempat tarikan pelancong yang terkenal, Dataran Rehal, Kelantan.
Dia dilihat mengenakan baju tidak berlengan yang menampakkan bahagian pusat, dan berseluar pendek.
Sehingga kini, hantaran video tersebut telah mendapat 129K tontonan, 427 tanda suka, dan 925 komen di laman Facebook.
Umum mengetahui, mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1), melakukan perbuatan tidak sopan boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan
.Istilah berpakaian tidak menutup aurat seperti ditakrifkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK) adalah memakai pakaian yang seksi, ketat dan menampakkan susuk tubuh serta tidak bertudung atau memakai baju lengan pendek dan seluar pendek.
Baca juga: “Bila saya dah meminang, responlah!” – Datuk Seri Vida berang pihak sana diamkan diri