Wanita terkejut didekati orang tak dikenali masa tengah makan, rupanya ada cef nak minta nombor telefon

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak mahu terlepas peluang berkenalan, seorang tukang masak sanggup meminta pelayan restoran untuk mendekati pelanggan yang sedang makan.

Seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila di dekati pelayan untuk meminta nombor telefonnya.

Video tersebut dimuat naik di TikTok, itsabriina yang berkongsi rakaman dirinya makan di sebuah restoran.

Sabrina memaklumkan sudah merasa lain dan yakin ada yang ingin mendekatinya namun menganggap ia hanya perasaan sahaja.

Sehinggalah seorang pelayan wanita tampil mendekatinya dan bertanya sama ada dia mahu memberikan nombor kepada salah seorang tukang masak.

Merasakan nombor telefon sebagai terlalu peribadi, dia memberikan akaun Instagram kepada tukang masak tersebut.

@itsabriina

sedikit cerita random di hidup ini😭

♬ Take A Chance With Me – NIKI

Kebanyakan netizen terhibur dan memuji wanita tersebut malah ada yang tak sabar ingin tahu kisah selanjutnya.

“Nombor telefon terlalu privasi kalau orang tak dikenali, lebih baik bagi Instagram sahaja.

“Helok pun helok chefnya alaaaa aiii.

“Saya pun pernah juga kena macam ini tapi dengan abang nasi padang.

“Kakak tolong update selalu, kami nak tahu jalan ceritanya juga,” antara komen netizen.

Video tersebut kini mendapat tontonan lebih enam juta.

Baca juga: Anak tiri trauma dituduh pembuli, Fizi dedah kisah sebenar di sebalik foto tekup mulut