Sepasang suami isteri di Washington terkejut mengetahui dua cawan kopi Starbuck yang dipesannya dikenakan caj bayaran AS$4,456.27 (RM19,297).
Lapor agensi, pasangan itu memasan secawan kopi Americano ais dan Frappucino karamel saiz venti (besar) untuk dengan bayaran tambahan AS$10 (RM43.30).
Bagaimanapun, bapa empat anak itu tidak menyedari perkara yang berlaku kerana tidak segera menyemak resit pembelian.
Hal itu hanya disedari isterinya selepas dia gagal menggunakan kad kreditnya di sebuah pusat beli-belah.
Sejurus selepas itu barulah pasangan berkenaan menyedari bahawa bayaran empat angka dikenakan untuk minuman mereka.
Pasangan itu segera menghubungi syarikat Starbucks untuk mendapatkan bantuan dan pegawainya menghantar cek kepada mereka untuk menebus wang tunai tersebut tetapi cek yang dihantar adalah cek tendang.
“Kami menghubungi talian bantuan khidmat pelanggan kira-kira 30 hingga 40 kali pada hari itu,” kata Jesse sambil menambah, keluarganya terpaksa membatalkan perjalanan kerana mereka tidak mempunyai wang disebabkan kesilapan yang berlaku.
Jurucakap Starbucks memberitahu bahawa cek pertama ditendang kerana kesilapan ejaan dan cek baharu yang dihantar telah ditunaikan.
Jesse memberi nasihat kepada pelanggan lain supaya berhati-hati dengan caj dalam resit mereka supaya perkara serupa tidak berulang.
Baca juga: Kalau malas nak keluar rumah ambil barang, pemuda nasihat jangan guna kaedah COD