Kehilangan seseorang yang sangat kita sayang ibarat pisau yang mencucuk diri. Lagi-lagi insan itu adalah ibu kepada kita. Kadang rasa rindu yang membuak-buak dalam diri selepas lama meninggal dunia.
Seorang pengguna tiktok berkongsi cara unik jika dirinya rindukan ibunya yang telah meninggal dunia. @ledielan di tiktok tidak menyangka bahawa ia mampu melihat kembali ibunya sedang berjalan melalui aplikasi Google Maps.
“Ibu saya meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Tetapi di Google Maps Mama kelihatan sangat sihat. Tadi, saya saja mencari rumah saya di peta. Kerana ramai yang memberi komen bahawa mereka ingin melihat rumah saya sebelum saya berpindah.
“Saya benar-benar terkejut melihat Ibu berjalan. Terima kasih Google Maps. Saya tidak mengambil banyak gambar Ibu kerana telefon bimbit saya yang hilang,” tulis @lediaelan.
@lediiiiii thanks for the 3.7M viewers❤️❤️#fyp #viral #fypシ ♬ Surrender – Natalie Taylor
Video yang tular itu setakat ini telah ditonton lebih 4 juta orang, ia juga mendapat lebih 300 tanda suka dan lebih 1,000 komen di akaun TikTok Ledia. Netizen yang menonton video tersebut turut terharu dengan cerita Ledia dan mereka turut mendoakan kesejahteraan beliau.