Malaysia Dateline

Wanita terkejut dengar suara misteri terakam dalam video ketika kunjungi rumah Mahsuri, ‘masa pergi tak ada apa pun’

Seorang wanita berkongsi pengalaman seram dialaminya ketika mengunjungi rumah Mahsuri di Langkawi baru-baru ini.

Wanita yang menggunakan akaun TikTok @beela_nabiela memberitahu, dia telah mengunjungi rumah bersejarah itu bersama suami dan anaknya tanpa ada orang lain di sekeliling dia.

Bagaimanapun dalam rakaman yang dikongsi, jelas terdengar suara misteri seperti bayi sedang batuk namun bunyi itu bukanlah datang dari anaknya.

Apa yang menambahkan misteri, wanita berkenaan mendakwa ketika memasuki rumah tersebut, dia langsung tidak mendengar apa-apa.

Dia hanya menyedari suara bayi berkenaan selepas menonton semula video yang dirakam suaminya.

“Anak siapa pula batuk? Padahal tak ada orang lain dah dalam rumah ni. Sampai sekarang masih tak tahu siapa yang batuk tu,” kata wanita itu.

Di ruangan komen, ada yang berkongsi pengalaman sama mengatakan turut mendengar suara bayi terbatuk.

Bagaimanapun wanita yang memuat naik video tersebut memberitahu bahawa ketika kunjungannya, memang tiada siapa-siapa melainkan dia dan suami serta anak, justeru tidak dapat mengetahui dari mana datang bunyi tersebut.

“Masa tu tak ada bunyi apa-apa. Balik rumah tengok video dengar bunyi budak batuk,” katanya.

Sementara itu ada netizen memberitahu bahawa buaian yang terdapat di tengah ruangan rumah itu sebenarnya mempunyai suara automatik yang sudah di-‘set’ dari awal.

Namun beberapa individu menafikan perkara itu mendakwa tidak pernah mendengar bunyi bayi walaupun mereka mendekati buaian tersebut.

“Dah berapa kali saya ke sana. Tak ada dengar suara pun dari buaian tu,” kata pengguna TikTok.

Baca juga: Murid tetap tenang jawab peperiksaan ketika banjir, meskipun terpaksa bersila atas kerusi

Baca juga: Dakwa dirasuk ketika pukul, isteri dedah Afiq Muiz panas baran sebelum kahwin lagi