Malaysia Dateline

Wanita terlanjur diberikan perlindungan

Kerajaan negeri Johor hari ini memberikan perlindungan kepada golongan wanita yang terlanjur di negeri ini.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN), Rozita Abdul berkata usaha itu dilihat baik bagi memberi harapan kepada golongan wanita berkenaan untuk terus bersama masyarakat tanpa disisihkan.

Menurutnya, penghargaan juga harus diberikan kepada Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung bersama barisan kerajaan negeri Johor yang terus berusaha membantu golongan berkenaan.

“Kerajaan PH dilihat konsisten membantu golongan ini dan pusat-pusat pemulihan justeru semua pihak perlu mengembleng tenaga menangani permasalahan ini.

“Bantuan dari segi moral, perlindungan dan pembinaan akhlak yang dilakukan seperti rumah perlindungan Baitus Solehah perlu diberikan sokongan.

“Semua pihak termasuk badan individu perlu fokus menangani permasalahan ini dan lebih menggerakkan lagi kegiatan menyelamatkan mereka dari terjerumus dalam kancah yang merosakkan diri remaja,” katanya.

Sebelum ini terdapat video yang memaparkan kisah berkenaan wanita yang terlanjur di sebuah portal telah mendapat respon dari exco yang terbabit.

Rozita yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri mencadangkan agar kerajaan mempergiatkan lagi kempen kesedaran di kalangan remaja.

“Kempen kesedaran seperti ‘road tour’ mendekati remaja yang bermasalah ini perlu dipergiatkan oleh kerajaan dalam usaha membantu mereka melalui kesedaran berkenaan kesan yang akan dihadapi mereka.

“Selain itu iklan dan siar raya berkenaan dengan pembangunan akhlak perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan remaja agar cenderung dari melakukan perkara yang bermanfaat pada diri mereka,” katanya lagi.

Katanya lagi, kerajaan perlu mengalas cabaran garis ukur untuk mengurangkan kelahiran anak luar nikah dan kadar permasalahan buangan bayi di negeri ini.