Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Wanita Vietnam, Doan dibebaskan hari ini, kata peguam

Wanita Vietnam, Doan dibebaskan hari ini, kata peguam

BernamaMay 3, 2019 11:50 am




 Warga Vietnam, Doan Thi Huong, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, dibebaskan pada 7.20 pagi tadi selepas tempoh penjara tamat.

Peguam yang mewakili wanita itu, Hisyam Teh Poh Teik berkata Doan, 30, akan dibawa ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya sebelum dihantar pulang petang ini.

“Petang ini, lebih kurang jam 4 (petang), pihak Imigresen akan hantar Doan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1(KLIA 1) untuk dihantar pulang.

“Penerbangan Doan (dipercayai menaiki penerbangan Vietnam Airlines) ke negara asalnya, Vietnam, pada 7.15 petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 1 April lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua tahun lepas.

12 hari kemudian (13 April), Bernama melaporkan bahawa Doan akan dibebaskan hari ini selepas tempoh penjaranya tamat.

Kira-kira dua bulan sebelum itu, mahkamah sama melepaskan tanpa membebaskan Siti Aisyah, seorang warga Indonesia, iaitu seorang lagi tertuduh kes bunuh Kim Jong-nam.

Mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2 pada 9 pagi, 13 Feb 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Baik buruk melengkung gred dalam peperiksaan

Pertimbang semula moratorium elak rakyat terus terjejas

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production