WARDA mahu golongan wanita muda didekati, diberi ruang bergerak bersama

WARDA mahu golongan wanita muda didekati, diberi ruang bergerak bersama

Wanita Muda Amanah (WARDA) mahu suara golongan muda wanita diberikan ruang dalam gerak kerja politik parti dalam AMANAH.

Timbalan Ketua WARDA Sarah Humairah berkata, penglibatan golongan muda amat penting dalam merealisasikan sebahagian daripada perjuangan parti.

“Umum mengetahui anak muda penting dalam merealisasikan perubahan negara.

“AMANAH sebuah parti baru mengorak langkah mendahului parti lain dalam Pakatan Harapan telah menubuhkan sayap wanita muda ini untuk saingi mana-mana sayap dalam parti.

“Agenda lebih besar perlu dilihat seluruh hadirin dewan ini sebagai usaha untuk tunjukan wanita muda sangat memandang tinggi suara wanita muda.

“Keseriusan kami wujudkan WARDA sebagai medan latihan kepimpinan bagi melahirkan wanita sama ada di peringkat AWAN (Angkatan Wanita AMANAH Nasional) di peringkat negeri dan kawasan,” ujarnya ketika membahaskan pidato presiden pagi ini.

Beliau berkata WARDA merupakan platform wanita muda partisipasi dalam membangunkan masyarakat untuk mengupayakan wanita muda.

Justeru katanya terdapat kurang 10 peratus mahasiswa kampus mendaftar sebagai pengundi yang mana kebanyakan mereka ujarnya, apabila ditanya mengatakan mereka tidak tahu untuk mengundi dan tidak mendaftar dan ada di kalangan mereka tidak mahu melibatkan diri dalam PRU-14 nanti.

“Jika hal ini berterusan kita bimbang generasi yang akan lahir di masa akan datang bukan sahaja tidak sedar hak sebagai pengundi dan mereka tidak sedar hak sebagai rkayat Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya lagi dengan penubuhan WARDA beliau mengajak golongan wanita muda bersama WARDA untuk memupuk semangat cintakan negara dan bersemangat patriotik yang tidak sekali-kali tidak membenarkan negara dibelenggu pemimpin yang zalim.

“WARDA telah perkenalkan gelombang ‘AURA OREN’ untuk mengalakkan mereka daftar mengundi dan mencari sukarelawan bersama kami dalam menghadapi PRU akan datang.

“WARDA perjuangan titik tengah dalam golngan berpendidikan dan profeisonaal Walau bagiamanapun impian dan keperluan wardah tidak dilihat berjaya tanpa panduan dan sokongan semua pihak,” ujarnya yang berharap ada pimpinan di seluruh kepimpinan sayap negeri dan kawasan bergerak aktif sebagaimana wujudnya Pemuda dan AWAN.