Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikenali sebagai ketua negara yang sering menyantuni rakyat.
Tidak hanya itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga mesra dengan rakyat jelata.
Bukan dengan rakyat Malaysia sahaja, sepasang kekasih terkejut apbila berkesempatan berjumpa dengan YDPA Agong dan Raja Permaisuri Agong di Cameron Highlands.
Youtuber, Kyle dan Madie berkongsi pengalaman bertemu ketua negara Malaysia ketika sedang makan tengah hari di sebuah restoran.
Mereka kemudian melihat banyak kereta polis dan pengiring berada di jalan raya bersebelahan dan orang ramai memaklumkan bahawa YDPA sedang melalui jalan itu.
Madie menghampiri kenderaan yang dipandu sendiri oleh YDPA Agong untuk merakam situasi ‘luar biasa’ itu lebih dekat lagi.
YDPA Agong perasan dengan kehadirannya lalu menegur Madie bertanya wanita mat saleh itu datang dari mana dan bercuti berapa lama di Malaysia.
Tuanku juga memuji kamera yang digunakan oleh Madie ketika itu.
Madie diberitahu bahawa YDPA Agong dan Raja Permaisuri Agong berada di kawasan itu selepas menghadiri majlis perkahwinan dan berhenti seketika untuk menyantuni rakyat.
“Ini kali pertama saya berasa sangat teruja dengan individu yang saya tidak pernah tahu, tidak pernah kenal sepanjang hidup saya.
“Tak sangka ketua negara Malaysia dan isterinya sangat mesra dengan rakyat. Ianya satu pengalaman yang sangat luar biasa,” ujar Madie.
Baca juga: Peniaga bazar tarik nafas lega, Anwar putuskan sewa tapak diturun kepada RM850