Warga asing selamba jual makanan guna arang tengah bandar, warganet puas hati lihat DBKL ambil tindakan

Oleh KIM SYAZIE

Selamba sahaja berniaga di kaki jalan, warga asing kini semakin berani melakukan penjajaan tanpa izin.

Menerusi hantaran di Facebook, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Tindakan Khas Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegara.

Ia dilakukan di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lepas.

Ini berikutan isu tular di media sosial mengenai aktiviti penjajaan yang disyaki dijalankan oleh warga asing di sekitar Jalan Ampang (KLCC).

@sitisarahabdullah_

Replying to @❁jîdå $äûpî❁Bestproduk༻♡༺⋆ tukaq tempat pula. Sana sini pula haha. Berasap tudung aku oi #fypシ #penjajatepijalan #penjajakualalumpur #peniagajalanan #klcc #avenueK #klcc_malaysia

♬ original sound – Ian Asher

“Sebanyak empat tindakan sita atau pindah halangan telah diambil ke atas penjaja bukan warga negara yang menjaja makanan, minuman termasuk dua peniaga pakaian terpakai

“Satu notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang – Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – Penjaja Warganegara Tanpa Lesen

“Serta satu notis kompaun Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 – Kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam,” isi hantaran tersebut.

DBKL juga telah menempatkan anggota penguatkuasa di lokasi-lokasi yang dikategorikan sebagai lokasi hotspot berlakunya aktiviti penjajaan tanpa izin bagi memastikan aktiviti seumpama ini dapat dibendung.

Warganet memuji tindakan pantas DBKL dalam membanteras aktiviti penjajaan yang dilakukan oleh warga asing.

Baca juga: Seram bila tahu Inspektor Sheila cari calon suami, “Lans Koperal boleh cuba?”