Malaysia Dateline

Warga emas di P. Pinang pun kerajaan negeri sedia pelan hala tuju

Bagi memastikan warga emas senantiasa aktif, Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan menyediakan Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif supaya golongan tersebut melibatkan diri secara aktif dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan juga keluarga.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang telah bersedia menghadapi ‘negeri tua’ tersebut.

“Usaha yang diambil oleh kerajaan negeri adalah selaras dengan ‘Visi Penang2030’ bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mesra keluarga dan peluang ini seharusnya diambil oleh pejabat-pejabat Adun, agensi kerajaan maupun swasta serta mereka yang terbabit membantu kerajaan mewar-warkan usaha ini.

“Lebih serius kali ini ialah ‘Jelajah Santuni Warga Emas’ yang akan diadakan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri mulai Oktober 2022 menjelangnya sambutan Hari Warga Emas peringkat negeri Pulau Pinang tidak lama lagi.

” Pelan hala tuju warga emas ini juga bermotifkan untuk membangunkan masyarakat serta membentuk persekitaran mampan dengan memberi tumpuan terhadap kesihatan, keselamatan dan penyertaan masyarakat,” ujar beliau yang juga merupakan Adun Pinang Tunggal.

Selain itu tambah beliau, Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif Negeri Pulau Pinang juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup seiring dengan meningkatnya usia tua setiap inidividu.

Adalah difahamkan menjelang tahun 2030 negara akan mencapai status ‘negara tua’ apabila 15.3 peratus daripada penduduk negara ini mencapai usia 60 tahun dan keatas.

Malah Pulau Pinang pada ketika ini berada pada tangga kedua sebagai ‘negeri tua’ meninggalkan negeri Perak yang mempunyai majoriti warga emas sepertimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Statistik tersebut juga mencatatkan rakyat Pulau Pinang yang berusia 60 tahun dan ke atas akan bertambah kepada 26.2 peratus dan menjangkau kedudukan teratas sebagai negeri yang mempunyai majoriti warga emas menjelang 2040.

Baca juga: Rakyat diajak baiki sistem pentadbiran yang diubahsuai Umno untuk curi wang negara

Baca juga: Jadi artis pertama buka stesen televisyen, AC Mizal mengaku hampir pulangkan lesen