Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Warga emas didenda RM15,000 hina Nabi Muhammad saw dan isteri baginda

Warga emas didenda RM15,000 hina Nabi Muhammad saw dan isteri baginda

BernamaFebruary 10, 2020 8:06 pm




Seorang lelaki warga emas didenda RM15,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menghantar komunikasi jelik menghina Nabi Muhammad saw dan isteri baginda, Saidatina Aisyah menerusi akaun Facebook.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Wai Foo Sing, 69, selepas tertuduh mengaku bersalah memuat naik karikatur jelik yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Aisyah.

“Komen tertuduh yang jelik dan menyinggung disertakan dalam catatannya di media sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam kes ini, tindakan tertuduh adalah tidak wajar, menyinggung dan jelik berdasarkan agama dan ia telah melampaui kebebasan bersuara yang dibenarkan mengikut perlembagaan.

“Jenayah menghina agama seseorang tidak hanya bertentangan dengan penganut agama tertentu tetapi juga berlawanan dengan nilai dan fungsi agama tersebut,” kata hakim itu.

Pada 20 Jan, Wai menukar pengakuannya kepada bersalah mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Dia melakukan kesalahan itu pada 5 petang, 17 Feb 2019 dan hantaran itu telah dibaca pada 12 tengah hari, 18 Feb di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abdul Hadi manakala Wai diwakili peguam Gabriel Susayan.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production