Pelbagai ragam manusia dapat dilihat ketika menaik kereta api, tapi tidaklah sampai ada yang membawa periuk nasi dan masaknya di dalam kenderaan dengan kelajuan tinggi.
Seorang penumpan wanita tanpa berselindung memasak nasi menggunakan periuk yang dipasang pada soket tempat duduk.
Menurut MSNews, kejadian ini berlaku ketika pasangan warga emas tersebut menaiki sebuah kereta api laju di Chongqing, China
Dalam klip yang tular, jelas terlihat wanita tersebut mencedok nasi dari periuk yang terletak atas meja kecil sambil diperhatikan pasangan di sebelahnya.
Menurut laman berita Sohu, tindakan wanita berkenaan mungkin menyalahi undang-undang selain terdapat kebimbangan mengenai keselamatan.
Soket tersebut biasanya digunakan untuk mengecas peranti elektrik seperti komputer riba dan telefon bimbit.
Rata-rata penumpang terhibur melihat gelagat pasangan tersebut yang selamba memasak nasi seperti ia adalah perkara biasa.