Warga Indonesia ada yang dilaporkan sudah berpuasa lebih awal daripada pengumuman yang dibuat pemerintah, lapor AFP.
Agensi itu melaporkan, komuniti di negeri Wakal, Kecamatan Leihitu, Kabupaten Maluku Tengah (Malteng) telah menunaikan solat tarawih di Masjid Nurul Awal pada malam Rabu.
Raja Wakal, Ahaja Suneth berkata, pelaksanaan solat tarawih dan puasa Ramadan lebih awal daripada pengumuman dibuat pemerintah adalah berdasarkan hitungan bulan dan ia telah dilakukan sejak turun-temurun.
“Kami bukanlah mahu mendahului pemerintah tapi berdasarkan pengiraan untuk menentukan awal Ramadan berpandukan 29 hari pada bulan Syaaban. Kebanyakan orang hitung Syaaban mempunyai 30 hari sedangkan kiraan itu salah dan tidak tepat.
“Sudah pasti warga Wakal juga akan meraikan Aidilfitri lebih awal daripada penduduk lain,” ujarnya.
Difahamkan, Kementerian Agama (Kemenag) hanya akan mengadakan sesi isbat (penentuan) awal Ramadan pada Jumaat meskipun Pimpinan Pusat (PP) organisasi Islam terbesar, Muhammadiyah telah menetapkan 1 Ramadan jatuh pada Sabtu.
Baca juga: “Mentua gegar pintu rumah bila suami tiada, minta geran nak tukar ke nama adik ipar”