Malaysia Dateline

Warga Indonesia mangsa pesawat Ethiopian terhempas dikenalpasti

Seorang wanita Indonesia yang terkorban dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines telah dikenal pasti identitinya sebagai Harina Hafitz.

Lapor Detik.com, Harina tinggal di Rom dan bekerja untuk pertubuhan Program Makanan Sedunia (WFP).

“Hari ini tanpa diragukan merupakan hari paling sedih yang pernah saya rasakan sebagai Pengarah Eksekutif anda.

“Kami semua berduka untuk mereka yang meninggal dunia pagi ini dalam tragedi nahas Ethiopian Airlines,”kata Pengarah Eksekutif WFP, David Beasley dalam kenyataannya yang dikeluarkan seperti dipetik oleh Detik.com.

Beasley kemudiannya menyatakan secara terperinci identiti staf WFP yang maut dalam nahas di Addis Ababa.

“Harina dari Indonesia, ditugaskan di Rom,” ujar Beasley dalam kenyataannya.

Selain Harina, terdapat beberapa staf WFP lain yang turut terkorban.

Antaranya dari Nepal, Itali, China dan Serbia.