Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Warga kota diminta bagi pandangan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur  2040
(kiri) Datuk Dr Shahrudin Salleh (tengah) Khalid Abd Samad dan (kanan) Datuk Noor Hisham Ahmad Dahlan.

Warga kota diminta bagi pandangan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040

SITI NUR ZAWANI MISCON FOTO: WAN ZAHARI WAN SALLEHFebruary 18, 2020 6:31 pm




Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengambil kira pandangan semua pihak dalam mengemukakan cadangan dan bantahan terhadap Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL2040).

Menterinya, Khalid Abdul Samad, berkata, pameran draf PSKL yang akan diadakan sehingga 18 Mac itu mengalu-alukan semua pihak berkepentingan untuk turut serta beri cadangan melalui borang yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, semua pandangan akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pendengaran awam yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar perancangan bandar agar setiap pandangan yang diterima akan dinilai dan disuaipadan dengan fungsi pelan struktur tersebut.

“Kita telah sediakan pameran untuk tatapan awam dan kita akan beri tempoh selama sebulan untuk semua berikan cadangan dan maklum balas sama ada secara manual dengan mengisi borang atau secara online yang mana boleh diakses dalam laman page kita.

“Lepas satu bulan, kita akan kumpul komen dan mereka yang memberikan maklumat rasmi lengkap beserta nombor telefon bimbit, kita akan hubungi setiap seorang untuk kita beri pandangan dan penjelasan.

“Proses menghubungi semula dan memberi penjelasan sekurang-kurangnya mengambil masa sehingga dua bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) di Menara DBKL, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahrudin Salleh; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Noor Hisham Ahmad Dahlan.

Tambahnya lagi, ketika ini masih terdapat beberapa kerja yang sedang dilakukan berhubung dengan PSKL2040 di mana proses ubah sedang dijalankan yang dijangkakan selesai pada bulan enam.

Untuk rekod, PSKL2040 merupakan sebahagian daripada pembangunan Kuala Lumpur 2040 selain Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040).

Jelasnya, pelan PTKL2040 hanya akan dihasilkan selepas PSKL2040 digazetkan dan ianya juga akan dipamerkan untuk mendapatkan maklum balas sekali lagi.

Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, Pelan Pembangunan Kuala Lumpur dijangka selesai untuk ditandatangan dan digazetkan pada hujung tahun ini.

Orang ramai boleh memberikan pandangan secara atas talian di laman web rasmi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur, di http://www.dbkl.gov.my/epandangan

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production