Malaysia Dateline

Warga Tani di Selangor yang ada anak PdPR boleh mohon komputer, tablet bermula hari ini

Kerajaan Selangor hari ini membuka permohonan bantuan tablet dan komputer riba kepada para petani di negeri itu yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

Exco Pertanian dan Infrastruktur, Izham Hashim berkata, inisiatif yang dibuat menerusi Kluster Agro Prihatin menawarkan sebanyak 100 buah komputer riba dan 50 buah tablet yang akan dibuka permohonannya selama seminggu.

Menurutnya, pemohon perlu berstatus warganegara Malaysia yang menetap di Selangor melebihi 10 tahun, terlibat secara aktif dalam aktiviti pertanian, penternakan dan industri asas tani di Selangor.

“Pemohon juga perlu mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada tahun ini.

“Permohonan dibuka selama seminggu bermula Isnin (21 Februari 2022) sehingga 28 Februari 2022 dan berakhir pada jam 12 tengah malam hari tersebut.

“Sebarang pertanyaan atau soalan boleh emelkan kepada [email protected] atau [email protected], manakala borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan https://forms.gle/XA58S6GFMzmijovS7,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Warga Tani di Selangor yang ada anak PdPR boleh mohon komputer, tablet bermula hari ini