Warganet geleng kepala pelancong selamba bergambar tengah jalan demi ‘spot’ cantik depan KLCC

Oleh KIM SYAZIE

Pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir pelancong yang berada di ibu kota tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan keselamatan mereka.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi X, laman Isu Semasa Viral mendedahkan sikap segelintir pelancong yang selamba bergambar di tengah-tengah jalan raya di KLCC demi mendapatkan gambar yang cantik.

Wanita yang dilihat mengenakan ‘dress’ berwarna merah, berdiri di tengah jalan ketika kenderaan lain sedang melalui jalan itu.

Beberapa jurugambar yang mengambil ‘job’ sebagai ‘freelance’ di situ juga mengambil ringan soal keselamatan, sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wang poket.

“KL bermasalah! Semakin lama semakin teruk kawasan KLCC ni sampai atas jalan raya pun jadi ‘spot’ bergambar.

“Paling pelik dan ajaib polis dengan DBKL ada je di kawasan sini tapi……. Oh mungkin dia orang tak nampak kot,” kata akaun tersebut.

Video itu ternyata mencetuskan rasa kurang senang ramai kerana ia boleh mendatangkan masalah lebih besar jika berlaku kemalangan nanti.

Mereka juga menyentuh soal jurugambar bebas di KLCC untuk mencari pelanggan.

“Benda pertama kena hapuskan geng-geng yang buat kerja ambil gambar dekat KLCC, Saloma Bridge tu. Bersepah dia orang je dekat situ,” Kata Aizadoo.

Baca juga: Pakai baju sejuk masa hari panas, David Teo dedah teruk disihir, rupanya angkara keluarga terdekat