Malaysia Dateline

Warisan nafi berlaku perubahan kerajaan negeri di Sabah

Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Loretto Padua menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan kononnya berlaku perubahan kerajaan di negeri Sabah akibat impak politik di peringkat persekutuan.

“Ini tidak benar, dan ini semua adalah mainan bagi mengurangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Sabah,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan juga Ahli Parlimen Warisan sentiasa berpegang kepada prinsip selain berintegriti tinggi dan setia kepada perjuangan parti.

Katanya sokongan serta kesetiaan ADUN dan Ahli Parlimen Warisan kepada parti dan kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak boleh dipersoalkan.

— BERNAMA