Malaysia Dateline

Warisan Plus mendapat 42.06 % undi popular, lebih tinggi dari GRS 41.6 %

Walaupun kalah dalam pilihan raya negeri Sabah kelmarin, Warisan Plus mencatatkan undi popular sebanyak 42.06% ataupun 315,030 undi berbanding dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 41.60% atau 311,621 undi.

Warisan Plus mendapat 32 kerusi berbanding GRS yang mendapat 38 kerusi dalam pilihan raya Sabtu lepas.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah walaupun Bersatu hanya mendapat 11 kerusi berbanding Umno 14 kerusi.