Malaysia Dateline

Warisan Plus sasar menang 2/3, tetapi sukar, kata Ilham Centre

Warisan Plus kini mensasarkan kemenangan sehingga 2/3 majoriti dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini namun Ilham Centre melihat ia agak sukar.

Menurut bilik gerakan Warisan, mereka kini hampir menang di 45 kerusi DUN tetapi mensasarkan paling kurang 47 dari 73 kerusi yang dipertandingkan.

“Kami sasarkan 47 kerusi sekarang,” kata sumber itu.

Warisan Plus perlu menang 48 kerusi dari 73 kerusi yang dipertandingkan jika mahu menang 2/3.

Menurut Ilham Centre, berdasarkan trend yang ada sekarang sukar untuk Warisan Plus menang 2/3 kerusi dalam PRN ini.

“Berdasarkan trend keputusan yang ada, Warisan boleh menang tetapi tidak 2/3,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar.

Menurut Hisomuddin, jangkaan awal Ilham agak tepat kecuali beberapa kerusi yang nampaknya sedikit lari.

“Misalnya kami jangka calon PKR boleh menang di Sook tetapi sekarang nampaknya calon BN sedang memintas,” kata Hisomuddin ketika dihubungi jam 8.30 malam ini.