Malaysia Dateline

Warisan sokong penuh kepimpinan Dr Mahathir

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara tersebut diumumkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataannya lewat petang ini.

“Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin Sabah yang lain akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat negeri ini, dalam suasana politik negara sekarang,” katanya.

Hari ini, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu turut menyatakan sokongan sama diberikan kepada Dr Mahathir selepas Pengerusi Bersatu itu menyerahkan surat perletakan jawatannya pada jam 1 tengahari tadi.