Malaysia Dateline

Warkah terbuka untuk Tuanku

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun

Adalah dengan penuh hormat dan takzimnya patik merafak sembah dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan seluruh kerabat-kerabat sekelian sihat walafiat dan di panjang kan usia serta di jauhi Allah dari segala marabahaya terutama wabak pendemik corona virus (Covic-19).

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun

Patik memohon sembah keresahan dan kebimbangan patik berkenaan peningkatan kes Covic-19 dan ekonomi makin merundum.

Patik memohon perkenan kuasa dan daulat Tuanku untuk memanggil sidang Parlimen bersidang kerana dengan segera hanya Parlimen tempat sepakat mencari berkat demi membela rakyat Tuanku agar tidak terus melarat. Hanya Parlimen tempat bincang berkaitan rakyat. Pada hemat patik masa sekarang paling sesuai untuk Parlimen di panggil bersidang.

Hari demi hari angka kes Covic-19 terus meningkat, rakyat nak cari makan kekal tersekat.

Pada hemat patik jua Ordinan Darurat perlu di tarik balik. Patik keliru antara yang sirat dengan yang tersurat diantara kelangsungan kuasa atau kesihatan rakyat.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun

Pengistiharan darurat tidak dapat mengawal penularan pendemik dan Dewan Rakyat tempat Wakil Rakyat bersuara membela nasib rakyat.

Akhir kalam dari patik rakyat terkesan usaha kerajaan tak berkesan.

Buah Betik Buah Papaya
Satu Rasa Dua Bahasa
Hamba Patik Marhein Biasa
Mohon Tuanku Guna Kuasa

Ab Rahim
Mukim Bunut Susu
Pasir Mas, Kelantan
(9 Mei 2021)