Warna-warni Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan

Warna-warni Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan

Laungan Merdeka..Merdeka…Merdeka dan   Selamat Hari Kebangsaan 2018 tidak henti-henti berkumandang semasa acara kemuncak diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2018 lalu.

Acara perarakan sejauh 3.5km itu dibanjiri sekitar 300,000 pengunjung dari dalam dan luar negara untuk menyaksikan kemeriahan sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-61 yang diraikan bersama.

Tarikh 31 Ogos 2018 akan diingati dalam lipatan sejarah rentetan sambutan kemerdekaan Malaysia kerana tarikh keramat itu adalah permulaan kepada sambutan Hari Kebangsaan bagi sebuah negara Malaysia Baharu selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang telah memerintah selama enam dekad,

Tarikh 31 Ogos 2018 ini juga akan tercatat dalam sejarah dunia sebagai sebuah negara yang melalui peralihan kuasa tanpa adanya pertumpahan darah atau perang saudara walaupun Malaysia mempunyai 30juta rakyatnya yang berbilang etnik, bangsa dan agama.

Semangat cintakan tanahair tumpah darah ini dianggap bersesuaian dengan tema sambutan “Sayangi Malaysiaku’ dan gubahan lagu patriotik ‘Malaysia Kita Punya’ membawa erti mendalam pada sambutan kemerdekaan negara tahun ini.

Semoga Malaysia akan terus aman makmur dan maju dalam pelbagai aspek kehidupan rakyatnya.

 

Pelbagai jenis helikopter Angkatan Tentera Malaysia melintasi Gerbang Bangunan Perbadanan Putrajaya.

Barisan anggota kabinet kerajaan persekutuan Pakatan Harapan selepas kemenangan gabungan politik itu dalam PRU-14 .

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V melintasi perbarisan hormat menyambut ketibaan baginda.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengibarkan jalur gemiilang.

Barisan anggota keselamatan daripada pelbagai agensi turut mengambil bahagian dalam perarakan.

Badut berpakaian bendera Malaysia menjadi antara daya tarikan orang ramai.

Anak kecil ini berbaju Melayu dan bertanjak bertemakan Jalur Gemilang turut serta memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Kegembiraan seorang remaja bersama ibu bapanya menyambut hari kemerdekaan.

Kovvoi Jelajah Merdeka sempena Hari Kebangsaan 2018 yang bermula dari Pulau Pinang sehingga ke acara kemuncak pada 31 Ogos 2018 di Dataran Merdeka.

Konvoi jelajah motosikal ‘ Sayangi Malaysiaku’ yang mengambil bahagian dalam perarakan diadakan.

Aset ketenteraan juga turut dipamerkan mewarni acara perarakan diadakan.

Aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga melakukan lintas hormat di ruang udara Putrajaya.

 

284 total views, 4 views today

CATEGORIES
TAGS