Wartawan Afrika Selatan diculik di Syria rayu bantuan kerajaan dan komuniti antarabangsa

Wartawan Afrika Selatan diculik di Syria rayu bantuan kerajaan dan komuniti antarabangsa

Seorang wartawan Afrika Selatan yang diculik kumpulan bersenjata di Darkoush, Syria merayu negaranya dan komuniti antarabangsa membantu membebaskannya, lapor agensi berita Anadolu.

Penculik menuntut wang tebusan sebanyak US$ 1.5 juta.

Shiraaz Mohamed, diculik pada awal 2017 ketika membuat liputan mengenai penderitaan pelarian Syria.

“Nama saya Shiraaz Mohamed, jurugambar Afrika Selatan. Kerajaan saya, kawan saya, Dr Fekri Shabaan dan sesiapa yang menonton video ini tolong bantu saya,” katanya dalam satu rakaman video.

Shabaan merupakan individu yang terlibat dalam rundingan dengan penculik.

“Kehidupan saya dalam bahaya. Saya hidup dalam kurungan selama hampir tiga tahun. Saya perlukan bantuan anda. Bantulah saya,” kata Mohamed.

“Mereka sangat marah sekarang. Saya tidak nikmati makanan dengan sempurna. Mereka kata jika saya dibunuh, anda (Dr Fekri) perlu bertanggungjawab. Tolong saya! Akhiri mimpi ngeri ini!,” katanya.– BERNAMA