Wartawan Australia mangsa ‘soalan maut’ RM2.6 bilion – Dr Mujahid

Wartawan Australia mangsa ‘soalan maut’ RM2.6 bilion – Dr Mujahid

Negara kini terpaksa menjawab di peringkat antarabangsa dua isu besar yang biasanya terpaksa dijawab oleh negara diktator dunia iaitu kebebasan maklumat dan salah guna polis dalam menyekat kebebasan media, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof.

Negara kini terpaksa menjawab di peringkat antarabangsa dua isu besar yang biasanya terpaksa dijawab oleh negara diktator dunia iaitu kebebasan maklumat dan salah guna polis dalam menyekat kebebasan media, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof.

Dr Mujahid YusofIni ekoran insiden dua wartawan Australia yang ditahan polis di Sarawak kerana bertanyakan soalan sensitif kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung isu derma RM2.6 bilion.

“Negara kita mungkin tersenarai dalam liga negara diktator yang semakin pupus dan semakin tercorot kedudukan kebebasan media.

“Dua wartawan ABC dari Australia menjadi mangsa terkini Perdana Menteri Datuk Seri Najib apabila ditahan dan dihantar balik. Mereka membuat liputan dari program TV ‘Four Corners’.

“Tahukah apa salah mereka? Kalau tanya polis, mereka ditahan kerana kononnya menceroboh kepungan keselamatan ke atas PM. Betulkah dakwaan ini?” soal Dr Mujahid.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar itu, wartawan terbabit Linton Bresser bukan menceroboh kepungan keselamatan tetapi bertanyakan ‘soalan maut’ berkenaan wang derma berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM.

“Soalan itu jadi damak beracun seolah ia satu cubaan bunuh pada PM. Tindakan polis menahan dan mengarahkan kedua wartawan pulang membawa petanda buruk buat negara,” kesalnya.

Mujahid menambah, insiden itu mendatang tiga implikasi negatif kepada negara iaitu kebebasan media yang mengundur ke belakang; tanda kediktatoran yang semakin ketara dan isu 2.6 bilion derma ke akaun peribadi PM memang sah satu skandal yang cuba disembunyikan.

Beliau menambah, rakyat perlu berasa malu dengan skandal 2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB serta sikap membisu ahli kabinet dan sebahagian Ahli Parlimen mengenainya.

“Lebih memalukan ialah dua anggota kabinet dan seorang Menteri Besar dari Umno dipecat kerana menyoalkan soalan maut yang sama oleh wartawan Australia.

“Soalan maut ini turut ditagih oleh rakyat awam namun malangnya PM dan kabinetnya memilih untuk membiarkan isu 2.6 bilion dalam akaun peribadi PM terus menjadi misteri,” katanya.

Menurutnya lagi, insiden wartawan ABC Australia disekat dan ditahan cukup memalukan negara apatah lagi mereka ditahan kerana bertanyakan soalan.

“Bukti ia sekadar menyekat soalan ialah pihak polis kemudiannya melepaskan mereka dengan arahan pulang,” ujarnya.

Beliau menyifatkan negara memerlukan ‘arahan baru dan kompas baru’ kerana sudah tersasar jauh akibat pemimpin tertinggi yang mahu menyelamatkan diri daripada dibawa ke muka pengadilan.

“Dunia menuntut soalan maut ini diberi keadilan dan selagi mana ia tidak mendapat keadilan, entah siapa lagi yang akan menjadi mangsa soalan maut!” katanya.

TAGS