Malaysia Dateline

Wartawan penuh sesak di tempat berkumpul pemimpin PH di Subang

Keyakinan Pakatan Harapan akan menang dalam pilihan raya kali ini amat semakin meningkat apabila para wartawan penuh sesak di pusat penjumlahan undinya di sebuah hotel dekat Subang.

Pemimpin PH termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berkumpul di hotel ini dan wartawan sedang menunggu mereka masuk ke dewan utama.

Ketika berita ini ditulis (jam 9 malam), portal MyUndi melaporkan PH sudah mendapat 56 kerusi diikuti oleh PN (33), BN (17) dan GPS (22).

Datuk Seri Anwar pula dikatakan sudah mendahului di Tambun apabila mendapat 43876 undi berbanding PN (39512) dan BN (36380). Angka tidak rasmi ini menyaksikan Anwar menang dengan majoriti 4364 undi.

Datuk Seri Dr Wan Azizah dikatakan menang besar di Bandar Tun Razak meninggalkan lawan-lawannya. Beliau kini mendapat 64,394 undi berbanding calon PN Datuk Kamarudin Jaafar (34,265) manakala BN Datuk Chew Yin Keen (19,127 undi).

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu dilaporkan medahuluidi Kota Raja apabila mendapat 11, 760 berbanding PN mendapat 4949 manakala BN 2,335.

BERSAMBUNG