Watie nak letak RM5k dalam ‘frame’, jadikan kenangan duit raya pertama daripada suami

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak teruja apabila menerima duit raya, tidak kiralah kuantiti dalam sampul yang penting dapat juga.

Begitulah juga buat isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah yang teruja menyambut Raya pertama sebagai seorang isteri.

Meskipun tidak menjangka akan mendapat duit raya daripada sang suami, pastinya setiap orang akan merasa teruja.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie meluahkan rasa teruja apabila mendapat duit raya daripada suami tersayang.

“Mummy (Watie) masih dalam mood raya pertama dan bila berkaitan dengan benda-benda yang pertama kali ni Mummy memang akan teruja terlebih!

“Jadi simpan sini buat kenangan, terima kasih daddy (Shuib). Mummy akan framekan duit raya pertama daripada suamiiiii tercintaaah!

“Dan percayalah duit yang suami bagi, perasaannya walaupun sedikit tak akan sama ertinya dengan duit lain yang kita ada,” ujarnya dalam hantaran di Instagram.

Dalam video tersebut, Watie menunjukkan sambul raya BubbleBee yang dalamnya ada lima sampul raya dan masing-masing berisi RM1,000 satu sampul.

Turut terdengar rasa teruja mendapat duit raya diiringi dengan jeritan kecil untuk menunjukkan rasa gembira.

Shuib memilih untuk menamatkan zaman duda bersama Watie pada Jun tahun lalu dengan sekali lafaz.

Baca juga: Pembekal 100 peratus Bumiputera, ‘alas kaki’ gambar Kaabah rupanya sejadah mini