WBK2030 ambil kira pandangan semua kerajaan negeri, kata Azmin

WBK2030 ambil kira pandangan semua kerajaan negeri, kata Azmin

Kerajaan Persekutuan akan mengambil kira pandangan Kerajaan Negeri dalam usaha merapatkan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang dilancarkan baru-baru ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pandangan Kerajaan Negeri penting dalam menjayakan dasar baru itu memandangkan mereka lebih mengetahui keutamaan industri yang perlu dibangunkan di negeri masing-masing.

“Kita ambil kira pandangan Kerajaan Negeri kerana mereka lebih arif tentang keutamaan industri yang boleh dikenalpasti dan dilaksanakan untuk tingkatkan kuasa ekonomi rakyat dalam negeri berkenaan.

“Malah dalam merencana Rancangan Malaysia ke-12, kerajaan adakan libat urus dengan semua Kerajaan Negeri untuk kenal pasti industri dan sektor baharu, dan sebahagian pelaksanaan WKB2030 ini juga boleh dimasukkan bersama,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) berkenaan sektor yang boleh meningkatkan ekonomi di Sabah serta langkah serta merta untuk memulakan misi WKB2030.