Malaysia Dateline

Wee Ka Siong nafi ada penerbangan penumpang, hanya kargo dari India

Berikutan dakwaan penerbangan Malaysia Airlines Berhad dari India dibenarkan memasuki Malaysia menjadi viral di media sosial Menteri Pengangkutan menjawab dakwaan itu.

Dalam kenyataan,  Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, semua penerbangan MH yang menjadi viral di media sosial merupakan penerbangan kargo.

Ini merupakan selari dengan arahan kerajaan selepas Mesyuarat Majlis Keselamayan Negara (MKN) berkuat kuasa pada 28 April 2021 semua penerbangan penumpang dari dan ke negara India dilarang memasuki Malaysia.

Katanya, hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa kini malah penerbangan pesawat penumpang juga kosong dan digunakan untuk membawa muatan yan kebanyakkan adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bombit, komponan elektrik dan bungkusan kurier.

Beliau berkata, hasil semakan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham mengesahkan bahawa kes seorang pemegang pas kerja asing warga India yang memasuki Malaysia adalah berlaku lebih awal pada 10 April.

Katanya juga, pelancong bukan Malaysia dari India tidak dibenarkan atau transit di Malaysia pada masa ini.

“Semua krew tetap berada di atas kapal, MAB juga melarang mana-mana krew penyelenggaran pesawat dari India memasuki pesawat yang berkenaan,” katanya.

Sebelum ini tular jadual penerbangan di mana sekurang-kurangnya tujuh pesawat yang berlepas dari India dikesan telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 1 Mei.