WhatsApp sekat hanya 5 penerima mesej

WhatsApp sekat hanya 5 penerima mesej
Foto: Reuters

Pengguna aplikasi WhatsApp di seluruh dunia cuma boleh memanjangkan mesej kepada lima penerima pada satu-satu masa, dalam syarikat itu memerangi ‘salah maklumat dan khabar angin’, kata eksekutif.

“Kami mengehadkan lima mesej sahaja di seluruh dunia bermula hari ini,” kata Naib Presiden dasar dan komunikasi WhatsApp, Victori Grand, dalam satu majlis di Jakarta, semalam.

Sebelum ini, pengguna aplikasi itu boleh memanjangkan mesej kepada 20 individu atau kumpulan.

Had lima penerima itu diperluaskan ke seluruh dunia selepas ia mengenakan tindakan itu di India Julai lalu selepas penyebaran khabar angin di media sosial yang membawa kepada pembunuhan dan cubaan membunuh.

WhatsApp, yang mempunyai 1.5 bilion pengguna, cuba mencari jalan menghentikan salah guna aplikasi itu, susulan kebimbangan global bahawa ia digunakan untuk menyebarkan berita palsu, memanipulasi gambar, video tanpa konteks, dan audio palsu, dengan tiada cara memantau asal berita.

WhatsApp akan melancarkan kemas kini untuk mengaktifkan had pemanjangan mesej baru, bermula hari ini, kata ketua komunikasinya, Carl Wong.

Pengguna Android adalah yang mula menerima kemas kini diikuti pengguna iOS. — Reuters