Malaysia Dateline

WHO akan bincang kesan pandemik Covid-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan perbincangan buat pertama kalinya selepas wabak pandemik Covid-19 diisytihar kecemasan antarabangsa pada tiga bulan lalu.

Dilaporkan, perbincangan berkenaan akan diadakan bersama jawatankuasa kecemasannya yang akan bertemu hari ini bagi menilai kesan pandemik wabak yang menyebabkan darurat kecemasan global itu dan kesannya terhadap operasi PBB di seluruh dunia.

Memetik AFP, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus akan bersidang dengan beberapa pakar yang membentuk jawatankuasa kecemasan terbabit untuk menilai evolusi pandemik itu.

Organisasi dunia itu pernah dikecam hebat susulan bagaimana agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menguruskan wabak yang buat kali pertama muncul di China.

Lebih teruk apabila wabak itu sekarang tersebar seluruh dunia sehingga menjangkiti lebih tiga juta orang termasuk membunuh hampir 220,000 orang.