Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
WHO puji keupayaan Malaysia menangani COVID-19
Datuk Dr Dzulkefly Ahmad ketika mengadakan tele sidang dengan wakil dari WHO hari ini.

WHO puji keupayaan Malaysia menangani COVID-19

AKMAL MANAFFebruary 18, 2020 7:37 pm




 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani jangkitan COVID-19.

Pujian itu diberikan oleh Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada pihak kerajaan menerusi satu telesidang yang telah diadakan petang ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak WHO juga memandang tinggi terhadap kesihatan awam.

“Pihak WHO turut mencadangkan agar Malaysia memperkukuhkan aktiviti influenza survelan dengan menjalankan ujian COVID-19 kepada pesakit severe acute respiratory infection (SARI).

“Kami memaklumkan kepada pihak WHO bahawa KKM telah perluaskan survelan jangkitan salur pernafasan dengan menjalankan ujian COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Dzulkefly memaklumkan, kesemua 107 rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang dibawa pulang dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan pada 4 Februari 2020, akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Mereka akan dibenarkan pulang setelah menamatkan tempoh pemantauan di Pusat Pengawasan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

“Sampel ulangan bagi mereka telah disahkan negatif, bagaimanapun, salah seorang daripada mereka sedang menerima rawatan di wad bagi isu kesihatan yang dialami beliau.

“Mereka yang dibenarkan pulang hari ini termasuklah dua kes yang sebelum ini positif COVID-19 dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban,” maklum Dr Dzulkefly yang juga merupakan Pengarah Strategi AMANAH.

Menurut Dr Dzulkefly lagi, jumlah kes keseluruhan kes yang telah discaj daripada wad sehingga hari ini adalah sebanyak 11 kes.

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa tiada kes baru dilaporkan pada hari ini. Sehubungan itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini kekal sebanyak 22 kes dengan hanya 11 kes masih dirawat di wad,” katanya lagi.

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production