Malaysia Dateline

Will Smith tampar Chris: Kenali apa itu alopecia

Sekarang, video Will Smith tampar Chris Rock (pelawak) semasa di pentas majlis Oscar berlangsung, sedang tular di media sosial.

Ini terjadi kerana Chris berjenaka tentang kepala botak Jada Pinkett (isteri Will). Jada sebenarnya berkepala botak kerana mengalami alopecia.

Alopecia itu apa pula?

Alopecia adalah keadaan di mana seseorang itu mempuyai masalah kehilangan rambut (atau bulu). Antara puncanya adalah:

◾Stress
◾Keturunan
◾Hormon
◾Jangkitan (kulat/bakteria)
◾Masalah imun / ekzema
◾Malnutrisi(kurang zat)

Adakah alopecia ni masalah yang kekal? Jika tidak kekal, apa rawatan yang ada untuk merawatnya?

◾Pengurusan stress : susun masa, cukupkan rehat, pengawalan emosi dan gaya hidup.
◾Hentikan pengambilan steroid anabolik (jika ada menggunakannya)
◾Pengambilan diet yang lebih seimbang dan teratur. Kurangkan makanan ringan.
◾Jika puncanya jangkitan kulat di kulit kepala, ubatnya antifungal. Jika bakteria, antibiotik.
◾Jika berpunca dari masalah autoimmune maka perlukan ubat mengawal respon imuniti.

Andai kata dah cuba buat yang di atas ni, tapi tak ada perubahan, maka bincang dengan doktor tentang:

◾Minoxidil 5%: serum
◾Fenesteride: pil
◾dan lain-lain

*Fenesteride biasa diberi pada pesakit lelaki sahaja.

Ubat-ubat ini perlu pengambilan berterusan untuk menampakkan hasil.

Andai kata rawatan dengan ubat masih tak mampu dapatkan hasil yang diharapkan, maka pilihan terakhir adalah:

◾Hair transplant:(tanam rambut)

Doktor ambil rambut dekat kawasan yang tak botak, dan pindahkan(tanam) di kawasan yang botak. Maknanya guna rambut sendiri sahaja.

Kesimpulannya, ia masalah yang mempunyai pelbagai punca, dan bukan sekadar menjejaskan penampilan fizikal. Ia boleh mengganggu emosi dan keyakinan disi seseorang yang mengalaminya.

Maka, ia topik yang agak sensitif untuk dijadikan bahan lawak di majlis siaran langsung.

Semoga bermanfaat!