WIM 2018: Pamerkan aksi ‘wheelie’ dan ‘stoppie’ cara berhemah, selamat

WIM 2018: Pamerkan aksi ‘wheelie’ dan ‘stoppie’ cara berhemah, selamat

Wilayah International Motofest (WIM) ke-2  telah mengamit kehadiran 300 penunggang motosikal dari seluruh negara dan menerima kehadiran lebih 70,000 pengunjung.

WIM 2018  yang diadakan pada 23-25 Februari lalu, mensasarkan penyertaan daripada pengeluar utama motosikal berskala lebih besar berbanding tahun pertama diadakan pada 2017 lalu.

Bagi WIM 2018 kali ini penyertaan membabitkan syarikat-syarikat pengeluar seperti BMW Motorrad, Harley-Davidson, Kawasaki, Yamaha, Ducati, Cleveland dan pelbagai lagi.

Selain pameran motosikal turut diadakan adalah bengkel persendirian dan membina motosikal buatan khas terhebat di negara ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Keselamatan Malaysia antara pasukan yang turut mempamerkan kelengkapan terbaik mereka semasa acara tiga hari berlansung itu.

Terdapat bermacam-macam aktiviti disertai penunggang motosikal dan pengunjung. Daripada pertandingan berkaitan motosikal, aksi lagak ngeri, hingga ke pameran-pameran yang menakjubkan, WIM 2018 membawa bahang kehangatan kepada warga kota sebagai salah sebuah acara motosikal terbesar di Malaysia.

Bagi penunggang motosikal yang melakukan aksi akrobatik  mereka dikenali  sebagai ‘stuntrider’ (penunggang lagak ngeri).

Semua jenis motosikal boleh digunakan untuk melakukan gaya bebas akrobatik ini.  Aksi paling popular seperti ‘wheelie’ dan ‘stoppie’.

Wheelie adalah aksi yang dilakukan dengan mengangkat roda depan dan stoppie pula dilakukan dengan memberhentikan motor dengan serentak mengangkat roda belakang.

Daripada kedua-dua gaya bebas ini dikombinasikan dengan gaya ekstrem lainnya seperti wheelie sambil berputar, lepas tangan atau stoppie dengan duduk diatas tangki bensin dan lain-lain.

Menunggang gaya bebas ini sangat gemar  dilakukan dikalangan golongan muda  di jalan raya tanpa kawalan keselamatan yang boleh mengundang bahaya.

Justeru dengan adanya acara bermotosikal seperti WIM 2018, ia membuka peluang kepada peminat motosikal untuk melihat aksi-aksi sama di  gelanggang sebenar seperti pertunjukkan yang diadakan di Dataran Merdeka ini, bukannya melihat aksi sama dilakukan di kalangan ‘Mat Rempit’ secara haram di jalan raya.

Persembahan lagak ngeri oleh profesional menarik tumpuan hadirin.

Para penonton terpesona melihat aksi yang dilakukan penunggang motosikal.

Pelbagai gaya aksi berbahaya dipersembahkan profesional stuntman.

Seorang penunggang profesional mempamerkan kecekapannya mengendalikan motosikal.

Pengunjung boleh bergambar bersama motosikal sendiri di photobooth yang disediakan

Kamal Alor (kanan) dan Alongvr  (kiri) sangat dikenali sebagai Upin & Ipin dalam komuniti motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

Antara sebahagian pemilik motosikal yang menyertai WIM 2018.

1,046 total views, 2 views today

CATEGORIES
TAGS