Malaysia Dateline

‘Wira sebenar bukan kita, Bella bukan untuk manfaat duniawi’

Saya rasa sangat tidak senang dengan panggilan wira kepada saya. Ya, sayalah orang yang paling terluka parah dalam membela nasib adik Bella. Saya juga yang buat gerakan luar kotak untuk memastikan proses keadilan dimulakan dan berjalan seperti yang sepatutnya.

Tapi saya bukan wira. Bukan juga Puan Mona, bukan juga Mommy Zurianty. Banyak kali saya sebut, hero sebenar dalam perjuangan ini ialah adik Bella. Disebabkan dia survive-lah, perjuangan ini dimulakan.

Saya tidak kenal Puan Mona. Saya tidak sokong perjuangan #Poligamiscam dia. Saya tidak kenal juga Mommy Zurianty. Saya hanyalah co-founder SCRUT, penjual di ifmal.com. Penulis syok sendiri di Facebook.

Peniaga yang mengais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Kereta? Hanya Axia Kompang. Tiada NGO, tidak rapat dengan politikus warlord. Anak angkat apatah lagi.

Mommy Zurianty telah terus membuat laporan polis sesudah terjumpa adik Bella, tetapi orang kena tuduh (OKT) tidak dipanggil memberi keterangan. OKT juga tidak direman. OKT satu rumah positif Covid-19, termasuk Bella. Tetapi Bella tidak dibawa ke hospital. Pelik bukan?

Puan Mona telah dihubungi seseorang dan mendapat segala maklumat dan gambar adik Bella yang telah cedera parah. Puan Mona up satu posting. Mommy Zurianty terkejut, bagaimana Puan Mona dapat semua informasi dan gambar-gambar. Mommy Zurianty telah team up dengan Puan Mona selepas itu.

Puan Mona buat satu gerakan untuk siasatan dijalankan segera. Media sudah diberi segala maklumat. Keluar banyak media, tapi malangnya tidak pergi jauh. Kemudian, Puan Mona menghubungi saya. Hah, di sini saya dijemput. Dalam banyak-banyak orang, kenapalah dia pilih saya.

Saya menggunakan kekuatan page SCRUT untuk push public pressure, nampak ada impact. Tapi Aliff Ahmad III dah terkorban. Partner-partner saya, Nik Izwan Kamel dan Abu Aisy Juraime pun sokong. Kemudian, saya menjemput peguam Mahmud untuk bersama-sama kami.

Fdaus Ahmad, Cikgu Fadli, Akhi Fairuz dan Firdaus Wong masuk meletupkan lagi. Harris of Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) pun bersama dengan adik Bella.

Saksi-saksi dan mangsa-mangsa di Rumah Bonda mula tampil dan berani nak buat laporan polis. Pelakon dan penyanyi, Betty Banafe membawa spark baru dalam dunia selebriti. Hilmi Malik dari Astro Awani buat special news dengan penghuni-penghuni Rumah Bonda.

Kemudian ramailah yang datang menghangatkan lagi tsunami viral ini. Sehingga OKT dipanggil dan pendakwaan dibuat.

Saya malas nak cerita pasal proses siasatan yang saya rasa ada yang tidak kena. Akhirnya, dakwaan hanya pengabaian dikenakan.

Saya memang dah jangkakan sebab aku dah rasa sangsi dan tak percaya ketika siasatan dibuat. Bayangkan, apabila OKT tidak direman, maka saksi-saksi di rumah OKT mestilah tidak berani nak bersuara.

Takdir tuhan

Atas sebab itu OKT bermati-matian cuba mendapatkan kembali anak-anak angkatnya yang merupakan saksi-saksi di dalam rumahnya. Sampai buat rayuan setelah kalah kesemuanya kes di mahkamah kanak-kanak.

Maka, kami bangkit untuk buat tsunami kedua setelah salah seorang saksi kejadian yang tinggal bersama adik Bella melarikan diri.

Jiran-jiran OKT juga telah membuat laporan polis. Kami panjat hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, menteri undang-undang, menteri wanita, dan Jabatan Peguam Negara. Alhamdulillah, pertuduhan tambahan iaitu penganiayaan dikenakan.

Dalam perjuangan ini, saya telah disiasat polis, saya dikenakan saman komital oleh OKT melalui firma gopren saya, dan kemudian mereka masuk saman sivil terhadap aku. Mungkin inilah harga yang aku kena bayar dalam perjuangan ini. Mungkin juga ia cara mereka nak mengenakan saya.

Dalam perjalanan perjuangan ini, ada yang terpaksa tekan brek kerana takut disaman, dipanggil polis. Itulah cara belah sana, mereka guna cara seperti itu.

Ada yang hilang terus, ada yang muncul apabila ada publisiti sahaja. Saya tidak kisah. Saya tak marah. Apa jadi pun, kalau tiada orang bersama saya, termasuk Puan Mona tinggalkan saya sekalipun, saya tetap teguh walaupun tinggal seorang diri. Walaupun saya terpaksa meringkuk dalam penjara seorang diri.

Saya tiada kepentingan dalam berjuang untuk adik Bella ni. Saya tidak kenal OKT, jadi saya tiada personal vendetta. Saya percaya, saya ini ialah takdir tuhan di atas doa adik Bella.

Saya kena macam-macam, saya hilang macam-macam. Hilang potential customer, hilang gopren, paling penting hilang masa. Adik Bella tak mampu bayar saya, Mommy Zurianty tak mampu, Puan Mona pun tak mampu. Kesimpulannya, saya tiada apa-apa personal interest pun.

Aliff, Zurianty dan Mona Din.

Jadi, apa saya dapat? Saya dapat sakit, penat, rugi dan kehilangan banyak masa. Tapi saya percaya, dengan keikhlasan, saya percaya tuhan akan gantikan sesuatu yang lebih baik, yang lebih berharga.

Saya harap adik Bella akan doakan saya atau tarik saya ke syurga nanti. Saya percaya doanya sangat makbul. Tahukah anda? Saya dan Puan Mona, kami berdua tidak pernah kenal dan jumpa pun adik Bella.

Ikhlaskan diri

Saya menasihatkan diri saya yang hina ini, sahabat-sahabat seperjuangan, kawan-kawan dan penyokong-penyokong sekalian supaya ikhlaskan hati, diri dan jiwa. Adik Bella bukanlah barangan untuk kalian mendapat manfaat duniawi. Percayalah pasti ada balasan yang lebih baik.

Kalian semua sangat membantu kami. Saya tidak boleh buat posting macam kalian, sebar video, foto, dan sembang ke langit. Mereka pasti akan masuk saman, report Facebook dan report polis. Kalian semua memang awesome, the more the merrier. Takkan mereka nak saman seluruh penyokong adik Bella bukan?

Siti Bainun (baju merah) bersama deretan peguamnya.

Saya faham, ada yang buat content untuk reach dan tambah follower. Tak mengapa, saya tetap suka. Kalian semualah perjuangan ini sampai ke seantero dunia.

Sampai sahabat-sahabat saya di Wakanda pun mesej nak tahu cerita sebenar. Sampai pejuang anti vaksin yang tiada kelulusan dan tidak tahu hujung pangkal pun tiba-tiba masuk nak tunjuk pandai.

Namun, saya ulang nasihat saya, kita perbaharui niat kita, betulkan niat dan prinsip kita. Supaya kita tidak muflis di akhirat nanti.

Muhasabah diri kita, kita masuk dalam perjuangan ini untuk apa? Nak glamor? Nak populariti? Nak menteri? Sultan? Agong? TMJ? Tepuk dada, tanya iman masing-masing. Takut-takut kita terkena talbis iblis.

Teringat saya tentang satu hadis yang berbunyi:

‎عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: «إن أول الناس يُقضى يوم القيامة عليه رجُل اسْتُشْهِدَ، فأُتي به، فعرَّفه نِعمته، فعرَفَها، قال: فما عَمِلت فيها؟ قال: قَاتَلْتُ فيك حتى اسْتُشْهِدْتُ. قال: كَذبْتَ، ولكنك قَاتَلْتَ لأن يقال: جَرِيء! فقد قيل، ثم أُمِرَ به فَسُحِب على وجهه حتى أُلقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلمه، وقرأ القرآن، فأُتي به فعرَّفه نِعَمه فعرَفَها. قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلمته، وقرأت فيك القرآن، قال: كَذَبْتَ، ولكنك تعلمت ليقال: عالم! وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ؛ فقد قيل، ثم أُمِر به فَسُحِب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وَسَّعَ الله عليه، وأعطاه من أصناف المال، فأُتي به فعرَّفه نِعَمه، فعرَفَها. قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تُحِبُّ أن يُنْفَقَ فيها إلا أنفقت فيها لك. قال: كَذَبْتَ، ولكنك فعلت ليقال: جواد! فقد قيل، ثم أُمِر به فَسُحِب على وجهه حتى ألقي في النار .

Abu Hurairah ra, sebagaimana diriwayatkan Muslim dan Ahmad, berkata bahawa Nabi Saw bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang akan diputuskan pada hari kiamat kelak ialah seorang yang mati syahid. Maka, dihadapkan kepada Allah dan diingatkan kepadanya akan nikmat-nikmat yang telah diberikan kepadanya, dan hal itu diakuinya. Kemudian ditanya oleh Allah,

”Lalu, apakah amalanmu dalam nikmat itu?”

Jawabnya, ”Aku telah berperang untuk-Mu hingga mati syahid.”

Maka Allah berfirman:

”Kamu berdusta, sebenar kamu berperang untuk dikenal sebagai pahlawan yang gagah berani.”

Lalu dia diseret oleh malaikat dan diperintahkan untuk dilempar ke dalam neraka.

Yang kedua dihadapkan kepada Allah ialah orang yang belajar ilmu agama dan mengajarkannya, serta pandai membaca Al-quran. Maka diberitakan tentang nikmat-nikmat yang telah dia peroleh dan dia mengakuinya. Lalu dia ditanya:

”Lalu, apakah amalanmu di dalamnya?”

Jawab orang itu:

”Aku telah belajar ilmu untuk-Mu dan mengajarkannya, serta membaca Al-quran untuk-Mu.”

Allah berfirman: ”Kamu berdusta, sebenarnya engkau belajar ilmu agar mendapat gelaran alim, membaca Al-quran agar mendapat gelar qari, dan engkau sudah menikmatinya di dunia.”

Kemudian diperintahkan kepada malaikat untuk mencampakkannya ke dalam neraka.

Orang yang ketiga dihadapkan kepada Allah ialah yang diluaskan rezekinya dan diberi oleh Allah pelbagai kekayaan. Maka diberitakan kepadanya tentang nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepadanya, dan dia mengakuinya. Lalu dia ditanya:

”Lantas, apakah amalanmu di dalamnya?”

Jawab orang itu:

”Tiada suatu jalan pun yang Engkau perintahkan mendermakan harta di dalamnya, melainkan telah saya dermakan harta di dalamnya untuk-Mu.”

Jawab Allah: ”Kamu berdusta, sebenarnya engkau mendermakan harta itu agar disebut dermawan, dan telah dikenal sedemikian di dunia.”

Maka Allah kemudian memerintahkan malaikatnya untuk melemparkan orang itu ke dalam neraka.

Lihatlah, seorang pejuang yang disangka syahid, seorang ulama’ dan seorang dermawan yang kesemua mereka akhirnya masuk ke neraka hanya kerana tidak ikhlas. Apakah tempat yang lebih azab dan siksa selain neraka? Apa niat kita berjuang untuk #JUSTICEforBELLA? Kalau rasa niat kita dah terpesong, istigfar dan betulkan kembali niat tu. InsyaAllah, Allah maha pengampun.

Allahul musta’an..

Baca Bella didera: Rina sekali lagi dikecam warganet, dianggap baru sedar dari lena selepas TMJ bagi ‘salam’

Baca Peguam Siti Bainun ‘koyak’ lepas dihentam netizen