Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Wira sebenar hadapi Covid-19 adalah pasukan depan, kata bekas Menteri Kesihatan
"Mereka termasuklah juga petugas perkhidmatan penghantaran makanan online seperti Grabfood dan FoodPanda yang bertugas dari pagi hingga ke malam membantu mengurangkan pergerakan keluar rumah oleh rakyat," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu dalam satu kenyataannya.

Wira sebenar hadapi Covid-19 adalah pasukan depan, kata bekas Menteri Kesihatan

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 20, 2020 7:57 am




Bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan wira sebenar yang menjadi tunjang dalam berhadapan dengan Covid-19 adalah semua barisan depan petugas lapangan.

“Mereka termasuklah juga petugas perkhidmatan penghantaran makanan online seperti Grabfood dan FoodPanda yang bertugas dari pagi hingga ke malam membantu mengurangkan pergerakan keluar rumah oleh rakyat,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu dalam satu kenyataannya.

Dr Dzul mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan hadapan yang membantu beliau ketika menjadi Menteri Kesihatan.

Katanya, petugas lapangan yang diselaraskan sedari awal kes Covid-19 dikesan di Malaysia adalah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga polis, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta lain-lain agensi terlibat sama.

“Inilah pensekatan ‘Whole of Govenment’ (keseluruhan kerajaan) yang dianjurkan WHO (Persatuan Kesihatan Sedunia),” kata Dr Dzul yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjadi pembantu sebenar beliau ketika menjadi Menteri Kesihatan.

Oleh itu, sebagai bekas Menteri Kesihatan yang mula-mula berdepan dengan Covid-19, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka.

“Justeru saya ingin merakamkan pujian serta penghargaan saya yang tidak terhingga khususnya kepada seluruh warga KKM (Perubatan, Kesihatan Awam dll) yang telah bertungkus-lumus mendepani satu demi satu kes yang tampil mendapatkan rawatan di semua premis KKM.

“Juga kepada Hospital Swasta (antaranya Sunway dan KPJ Damansara SH) yg telah mula membantu Hospital Sungai Buloh dan HKL untuk membantu pesakit bukan Covid-19 bagi mengurangkan tekanan kepada Hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Juga buat semua NGO yang membantu (Imaret dan Semua NGO yang membantu).

“Inilah pendekatan ‘Whole of society’ yang ditekankan oleh WHO. Kita perlu penglibatan semua pemegang taruh (Stakeholders)!” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production