Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Wong dilantik Pengerusi  LPKP Sarawak berkuat  kuasa 30 Januari 2020

Wong dilantik Pengerusi LPKP Sarawak berkuat kuasa 30 Januari 2020

MAHDAR BUJANGFebruary 19, 2020 1:51 pm




Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun)Padungan, Wong King Wei dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak berkuat kuasa mulai 30 Januari 2020.

Pelantikan itu telah diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan hari ini.

Dalam satu kenyataan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelantikan Wong sebagai Pengerusi LPKP Sarawak adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 30 Januari tahun ini hingga 29 Januari 2022.

“Beliau (Wong King Wei) mengambil alih jawatan itu daripada Dr Lawrence Tsue yang meletak jawatan pada 1 Disember tahun lepas,” jelasnya.

Beliau menegaskan, pelantikan itu adalah mengikut Perkara 6 di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334).

Katanya, LPKP Sarawak merupakan agensi utama di bawah Kementerian Pengangkutan yang bertanggungjawab untuk mengawal kenderaan komersial dan pengangkutan awam darat di negeri ini.

“Kementerian akan terus menyokong pembangunan pengangkutan darat di Sarawak sejajar dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030,” tambah beliau lagi.
Attachments area

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production