Malaysia Dateline

World Cup orang dah biasa ini pula lumba unta. Anda tak rasa pelikkah?

Jika sebelum ini ramai yang melihat ‘world cup’ sehinggakan bagai nak runtuh dada masing-masing tetapi ini pula lumba unta yang dianggap serius bagi orang-orang Arab.

Malah tidak jauh daripada rumah terdapat ‘track’ lumba unta maka ia tidak kurang hebatnya jika ada pertandingan yang akan menentukan kejayaan seekor unta.

Menurut seorang pengguna Facebook Irfan Khairy yang kini menetap di sana menceritakan detik-detik perlumbaan unta yang perlu menggunakan robot bagi menentukan pergerakan unta tersebut.

“Tapikan, sesuatu yang agak pelik bila lumba unta adalah, takde orang pun naik unta-unta ni… tapi, robot! Cer tengok betul-betul. Tah la… saya pun pelik! Anda pelik?

“Ya, robot yang bawa unta-unta ni. Dan kalau anda tengok kat sebelah tu, kan ada kereta dok bekejar. Tu bukan lumba kereta pula.

“Tu adalah pemilik-pemilik unta ni, yang tengah control robot-robot yang kat atas unta ni. Guna remote control lagi tu,” kata beliau.

Katanya orang zaman dahulu menggunakan kereta mainan dikontrol oleh robot tetapi kini robort pula kontrol unta.

Begitu juga kisahnya dulu-dulu, yang bawa unta ini adalah kanak-kanak sebab mahu meringankan beban unta supaya boleh lari lebih laju.

“Tapi, ramai kanak-kanak yang injured terjatuh dari unta. Pastu ada yang terpijak dek unta-unta lain. Ish… dengar pun dah seriau,”katanya.

Baca juga: Mahiaddin dah terima writ saman Anwar